Detective Conan

名探偵コナン / Meitantei Konan / Detective Conan atau dikenali sebagai “Case Closed” di Amerika, merupakan sebuah siri anime adaptasi manga karya Aoyama Gosho.

Siri manga francais ini telah diterbitkan di Malaysia dengan judul “Detektif Conan” dan diterbitkan oleh Penerbit Tora Aman. Manakala siri anime pula telah disiarkan di Malaysia bermula tahun 2005 setiap hari Rabu di TV3. Selain TV3, siri ini turut disiarkan di TV9 dan Astro Ceria.

Siaran di TV3 dan TV9 menggunakan audio tunggal Bahasa Melayu manakala siaran di Astro Ceria boleh didapati dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Jepun, tanpa sari kata. Suatu ketika, TV3 telah menyiarkan beberapa episod dalam audio tunggal Bahasa Jepun dengan sari kata tunggal Bahasa Melayu.

Sinopsis

Shinichi Kudo, pakar misteri yang hebat pada usia tujuh belas tahun, sudah terkenal kerana telah menyelesaikan beberapa kes yang mencabar. Suatu hari, apabila Shinichi melihat dua lelaki yang mencurigakan dan memutuskan untuk mengikut mereka, dia secara tidak sengaja menjadi saksi kepada aktiviti haram yang mengganggu. Apabila lelaki itu menangkap Shinichi, mereka memberinya Dadah Eksperimen yang dirumuskan oleh Pertubuhan Hitam dan meninggalkannya untuk mati. Walau bagaimanapun, yang mengejutkannya, Shinichi masih hidup dan tidak lama lagi bangun, tetapi kini, dia mempunyai tubuh seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, dengan sempurna mengekalkan kecerdasan asalnya. Dia menyembunyikan identiti sebenar daripada semua orang, termasuk rakan zaman kanak-kanaknya Ran Mouri dan bapanya, detektif swasta Kogoro Mouri. Dia akhirnya mengambil alias Conan Edogawa, yang diilhamkan oleh penulis misteri Arthur Conan Doyle dan Ranpo Edogawa.

Setelah memutuskan untuk berpindah ke Agensi Detektif Mouri, Shinichi yang, sebagai Conan, mula menyelesaikan kes Detektif Mouri secara rahsia dari belakang tabir dengan kemahiran menyelinapnya yang luar biasa, sambil menyiasat secara rahsia organisasi yang bertanggungjawab terhadap keadaannya sekarang, dengan harapan dapat membalikkan kesan dadah suatu hari nanti . (-detectiveconan.fandom.com)

Arkib A****M****.Net

Anime ini telah disiarkan di Malaysia bermula episod 1 hingga episod 482. Episod yang digunakan di dalam artikel ini ialah nombor episod di Jepun yang mana setiap episod berdurasi 30 minit bagi episod biasa, 1 jam dan 2 jam bagi episod khas.

Disebabkan tayangan di Malaysia hanya menggunakan slot 30 minit sahaja, episod 1 jam dipecahkan kepada 2 episod dan episod 2 jam dipecahkan kepada 4 episod. Kemungkinan besar nombor episod yang digunakan di Malaysia menggunakan nombor episod versi Amerika.

Antara 482 episod ini (merujuk kepada bilangan episod di Jepun), berikut adalah senarai episod yang telah berjaya diarkib oleh A****M****.Net. A****M****.Net ialah kumpulan yang telah mengarkib banyak kandungan animasi khususnya anime Jepun untuk tujuan pemeliharaan dub Bahasa Melayu.

EPISODJUDUL
100初恋の人想い出事件(前編)
Kes Pembunuhan Cinta Pertama (Bahagian Satu)
101初恋の人想い出事件(後編)
Kes Pembunuhan Cinta Pertama (Bahagian Kedua)
114スキューバダイビング殺人事件(前編)
Kes Pembunuhan Penyelam Skuba (Bahagian Pertama)
115スキューバダイビング殺人事件(後編)
Kes Pembunuhan Penyelam Skuba (Bahagian Kedua)
124謎の狙撃者殺人事件(前編)
Misteri Pembunuh Upahan (Bahagian Satu)
125謎の狙撃者殺人事件(後編)
Misteri Pembunuh Upahan (Bahagian Kedua)
129黒の組織から来た女 大学教授殺人事件
#1 : Misteri Pelajar Baru (Bahagian Pertama)
#2… : ?
132奇術愛好家殺人事件(事件篇)
Kes Pembunuhan Peminat Magis (Bahagian Pertama)
133奇術愛好家殺人事件(疑惑篇)
Kes Pembunuhan Peminat Magis (Bahagian Kedua)
134奇術愛好家殺人事件(解決篇)
Kes Pembunuhan Peminat Magis (Bahagian Ketiga)
177黒の組織との再会(コナン編)
Pertemuan Semula Dengan Organisasi Hitam (Bahagian Kedua)
178黒の組織との再会(解決編)
Pertemuan Semula Dengan Organisasi Hitam (Bahagian Ketiga)
196見えない凶器 蘭の初推理
Senjata Yang Tak Nampak – Kes Pertama Ran
197スーパーカーの罠(前編)
Perangkap Kereta Mewah (Bahagian Satu)
198スーパーカーの罠(後編)
Perangkap Kereta Mewah (Bahagian Kedua)
199容疑者·毛利小五郎(前編)
Kogoro Mouri Disyaki (Bahagian Pertama)
200容疑者·毛利小五郎(後編)
Kogoro Mouri Disyaki (Bahagian Kedua)
20110人目の乗客(前編)
Penumpang Ke-10 (Bahagian Pertama)
20210人目の乗客(後編)
Penumpang Ke-10 (Bahagian Kedua)
203黒いイカロスの翼(前編)
Sayap Hitam Icarus (Bahagian Satu)
204黒いイカロスの翼(後編)
Sayap Hitam Icarus (Bahagian Kedua)
205本庁の刑事恋物語3(前編)
Kisah Cinta Di Ibu Pejabat (Bahagian Satu)
206本庁の刑事恋物語3(後編)
Kisah Cinta Di Ibu Pejabat 3 (Bahagian Kedua)
207見事すぎた名推理
Deduksi Yang Teramat Hebat
481山姥の刃物(前編)
Pisau Nenek Gunung (Bahagian Satu)
482山姥の刃物(後編)
Pisau Nenek Gunung (Bahagian Dua)

Leave a comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *