Beyblade Burst / ベイブレードバースト / Beibureedo Baasuto ialah generasi ketiga untuk francais Beyblade selepas Bakuten Shoot Beyblade dan Beyblade Metal. Beyblade Burst ialah siri anime adaptasi manga karya Morita Hiro.

Musim-musim terpilih siri anime ini telah/sedang disiarkan di Malaysia melalui beberapa stesen televisyen dan saluran yang berbeza antaranya Disney XD, Youtube “Official BEYBLADE Malaysia”, Youtube “Monsta”, Ta-Daa!, Astro Ceria, TV2 dan Durioo+.

Tayangan di Disney XD, Youtube, Ta-Daa! dan Astro Ceria terdapat dalam dwibahasa Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, manakala siaran di TV2 menggunakan bahasa tunggal Bahasa Inggeris. Tiada pilihan audio asli Bahasa Jepun kerana siaran di Malaysia menggunakan footage versi Amerika.

Kredit gambar – Astro

Sinopsis

Cerita ini berkisar tentang Valt Aoi dan Shu Kurenai, serta rakan sekelas mereka di sekolah Akademi Beigoma di Jepun. Apabila tidak belajar, kawan-kawan rapat itu taksub dengan gasing Bey mereka, mewujudkan kelab bey sekolah dan saling mencabar untuk bertempur di Stadium Bey mereka. Rakan-rakan itu akhirnya menjadi saingan apabila mereka bersaing antara satu sama lain dalam pertandingan untuk menuntut gelaran Blader terkemuka Jepun.

Episod

EpisodJudul
1Ayuh Lakukannya! Valtryek!
2Kerbeus Anjing Pengawal Dunia Kegelapan!
3Lancarkan! Rush Launch!
4Kelab Beyblade Mari Mulakannya Sekarang!
5Dalam Kegelapan! Dark Doomscizor
6Bersedialah! Crash Course!
7Flash Launch! Ia Laju Sangat!
8Pesaing yang Sangat Hebat! Hyper Horusood!
9Wyvron Mengganggu!
10Lupakan Saja! Percayakan Valtryek!
11Spryzen Putus Asa!
12Ancaman Shield Crash!
13Ujian Shu!
14Pertarungan yang Kita Janjikan!
15Pertarungan yang Ganas! Valtryek Menentang Spryzen!
16Pelajaran Berkumpulan! Shakadera Istimewa!
17Extreme Xcalius!
18Pertarungan Berkumpulan! Ia Pastinya Sangat Hebat!
19Roktavor Menentang Unicrest!
20Ayuh Lakukannya! Chain Launch!
21Pertarungan Persabahatan!
22Kebangkitan Valtryek!
23Doomscizor Kesunyian!
24Kekuatan Penuh yang Sebenar!
25Blader Misteri Bertopeng!
26Mari Lakukan Semua Ini!
27Kem Latihan! Stadium yang Menggigit!
28Gunung! Sungai! Pengembaraan Ribut yang Dahsyat!
29Pandang Ke Sasaran!
30Ular Bersayap! Quetziko!
31Ajaran Seorang Legenda!
32Kuasa Siklon!
33Semarak Mega! Dual Sabers!
34Haiwan Liar Menyeringai!
35Serangan Liar! Beast Betromoth!
36Kebangkitan Rideout!
37Seterusnya, Peringkat Akhir Berpasukan!
38Berjuang Hingga Ke Penamat! Lost Lúinor!
39Terjebak Di Pusaran! Lost Spiral!
40Buat yang Terbaik! Melangkah Sendiri!
41Perangkap Nepstrius!
42Jumbo Jormuntor! Ular yang Berbisa!
43Winged Launch!
44Roar! Pertarungan Di Antara Raksasa!
45Spryzen Menentang Wyvron!
46Merebut Kedudukan Tertinggi! Valt Melawan Xander
47Pertempuran Bintang!
48Separuh Akhir! Putaran Melawan Kelajuan!
49Seteru Lama! Lui Melawan Shu!
50Menggulingkan Raja!
51Perlawanan Akhir! Victory Valtryek!

Pautan Luar

Join the Conversation

3 Comments

Leave a comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *