ベイブレードバーストダイナマイトバトル / Beibureedo Baasuto Dainamaito Batoru / Beyblade Burst Dynamite Battle atau dikenali sebagai Beyblade Burst QuadDrive untuk versi Bahasa Inggeris ialah musim keenam untuk siri anime Beyblade Burst, siri anime yang diadaptasi daripada manga karya Morita Hiro. Ianya merupakan sekuel kepada Beyblade Burst Surge.

Musim-musim terpilih siri anime ini telah/sedang disiarkan di Malaysia melalui beberapa stesen televisyen dan saluran yang berbeza antaranya Disney XD, Youtube “Official BEYBLADE Malaysia”Youtube “Monsta”, Ta-Daa!, Astro Ceria, TV2, TV9 dan Durioo+.

Tayangan di Disney XD, Youtube, Ta-Daa! dan Astro Ceria terdapat dalam dwibahasa Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, manakala siaran di TV2 menggunakan bahasa tunggal Bahasa Inggeris. Tiada pilihan audio asli Bahasa Jepun kerana siaran di Malaysia menggunakan footage versi Amerika.

Tangkap layar dari video promo saluran Ta-Daa!

Sinopsis

Beberapa bulan selepas peringkat akhir Siri Tag Terakhir, khabar angin mula tersebar tentang Pintu Phantom, sebuah tanah perkuburan untuk Beys.

Mendengar jeritan dari rumah agam berhampiran malam demi malam, Bashara Suiro menyelinap masuk ke dalam untuk menguji keberaniannya. Menunggunya ialah seorang Bel Daizora, pemegang Quad Bey Destruction Belfyre. Ternyata, rumah agam ini adalah Phantom’s Gate yang dikhabarkan, dan jeritan yang didengari Bashara adalah jeritan Bladers yang Beynya telah dimusnahkan. Bel mengeluarkan cabaran kepada Bladers di seluruh dunia untuk datang dan melawannya. –Beyblade.fandom.com

Tarikh Siaran

EPISODJUDULYOUTUBEA. CERIA
1Putera Kegelapan! Dan Destruction Belfyre!16/09/202306/03/2023
2Kemusnahan Bey! Pagar Hantu!23/09/202307/03/2023
3Perubahan Mod! Tinggi dan Rendah!30/09/202308/03/2023
4Pertarungan Teater Kegelapan! Bel lawan Valt!07/10/202309/03/2023
5Ke Udara! Kuasai Dunia!14/10/202313/03/2023
6Valtryek Lagi Satu!21/10/202314/03/2023
728/10/202315/03/2023
804/11/202316/03/2023
911/11/202320/03/2023
1018/11/202321/03/2023
1125/11/202322/03/2023
1202/12/202323/03/2023
1309/12/202327/03/2023
1417/12/202328/03/2023

Pautan Luar

  • https://en.wikipedia.org/wiki/Beyblade_Burst_QuadDrive
  • https://beyblade.fandom.com/wiki/Beyblade_Burst_QuadDrive
  • https://www.youtube.com/@MalaysiaBEYBLADEBURSTOfficial/videos

Leave a comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *