ベイブレードバースト超ゼツ / Beibureedo Baasuto Chou Zetsu / Beyblade Burst Super Z atau dikenali sebagai Beyblade Burst Turbo untuk versi Bahasa Inggeris ialah musim ketiga untuk siri anime Beyblade Burst, siri anime yang diadaptasi daripada manga karya Morita Hiro. Ianya merupakan sekuel kepada Beyblade Burst Evolution.

Musim-musim terpilih siri anime ini telah/sedang disiarkan di Malaysia melalui beberapa stesen televisyen dan saluran yang berbeza antaranya Disney XD, Youtube “Official BEYBLADE Malaysia”Youtube “Monsta”, Ta-Daa!, Astro Ceria dan TV2.

Tayangan di Disney XD, Youtube, Ta-Daa! dan Astro Ceria terdapat dalam dwibahasa Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, manakala siaran di TV2 menggunakan bahasa tunggal Bahasa Inggeris. Tiada pilihan audio asli Bahasa Jepun kerana siaran di Malaysia menggunakan footage versi Amerika.

Siaran di TV2 – Kredit gambar: Facebook TV2

Sinopsis

Dua tahun selepas Piala Blader Antarabangsa, cerita ini memfokuskan pada Aiger Akabane, seorang “anak liar” yang membesar dalam alam semula jadi. Selepas bertarung dengan Valt Aoi, dia mendapat inspirasi untuk menjadi Blader No.1 di dunia, bersama dengan Beybladenya, Z Achilles 11 Xtend. Dia berhasrat untuk melawan lawan yang kuat dalam usaha untuk menjadi lebih kuat dirinya. Untuk mengalahkan Valt Aoi dan menjadi Juara Dunia, Aiger memulakan perjalanannya. –Beyblade.fandom.com

Episod

EpisodJudul
1Masanya untuk turbo!

Pautan Luar

  • https://en.wikipedia.org/wiki/Beyblade_Burst_Turbo
  • https://beyblade.fandom.com/wiki/Beyblade_Burst_Turbo

Leave a comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *