Dragon Ball Super ialah siri ke-5 francais Dragon Ball selepas Dragon Ball (1986–1989), Dragon Ball Z (1989–1996), Dragon Ball GT (1996–1997), dan Dragon Ball Kai (2009–2011; 2014–2015). Dragon Ball Super ialah sekuel “canon” kepada Dragon Ball Z, mengambil alih tempat yang sebelum ini diisi oleh Dragon Ball GT.

Dragon Ball lebih dikenali sebagai “Mutiara Naga” di Malaysia. Mutiara Naga ialah terma rasmi untuk manga Dragon Ball di Malaysia keluaran Comics House dan terjemahan rasmi alih suara Bahasa Melayu.

Dragon Ball Super pada awalnya boleh ditonton di Malaysia menerusi platform penstriman seperti iFlix dan iQiyi (tiada sumber untuk kesahihan). Tayangan sulung di kaca TV ialah menerusi saluran milik Astro, Ta-Daa! yang mula menayangkan anime ini versi Funimation pada tahun 2021 dalam audio tunggal Bahasa Inggeris.

Untuk siaran ulangan tahun 2022, Ta-Daa! menyediakan alih suara Bahasa Melayu namun hanya tersedia di TV dan tidak tersedia di Astro Go. Pada Disember 2022, alih suara BM mula tersedia di Astro Go.

Hanya 67 episod daripada 131 telah disiarkan oleh Ta-Daa!

Sinopsis

Four years after the defeat of Majin Buu, Goku is seen working as a farmer, and his family and friends live peacefully. However, the God of Destruction Beerus awakens after decades of slumber. Beerus, along with his Angel assistant and teacher, Whis, seeks a warrior known as the Super Saiyan God, threatening to destroy the Earth if he loses to him. Goku transforms into the Super Saiyan God with the help of his friends, battles Beerus and loses, but his efforts appease Beerus, who spares the planet. —Wikipedia (29 April 2023)

Episod

EpisodJudul
1Ganjaran waktu aman
Siapa yang dapat 100 juta Zeni!?

Pautan Luar

Leave a comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *