Super Nabil ialah sebuah siri animasi pendek berkisarkan seorang watak bernama Nabil yang diinspirasikan oleh artis Nabil Ahmad. Siri ini sedang disiarkan di Astro Ceria setiap hari Jumaat jam 3 petang. Siri berkaitan ialah Lu Pikir La, Nabil.

Kredit Gambar – Astro

Sinopsis

Siri animasi Super Nabil ini mengisahkan Nabil, rakan karibnya dan seekor kucing misteri yang berusaha keras menentang team Poser yang penuh tipu muslihat untuk memenangi pertandingan Super Jaguh Kampung.

Tarikh Siaran

EPISODJUDULTARIKH
1Super Jaguh Kampung?25/08/2023
2Kehadiran Teman Baru01/09/2023
3Balingan Balas Cakaran Meow08/09/2023
4Power, Keluarlah15/09/2023
5Super Nabil?22/09/2023
6Kebenaran Datang!29/09/2023
7Piaaahhhh!06/10/2023
8Jangan Putus Asa!13/10/2023
9Satu.. Dua.. Tarik!!!20/10/2023

Ringkasan Episod

#01: Nabil ingin menyertai pertandingan Super Jaguh Kampung kerana tertarik dengan hadiah yang lumayan tetapi diperlekehkan oleh rival sejati, Budak Poser dan D’Geng.

#02: Nabil membawa kucing misteri yang diberi nama Piah untuk dirawat. Kemudian, Nabil dan rakan-rakan menyertai pertandingan Super Jaguh Kampung dimana pertandingan ini dimulai dengan perlawanan bola beracun.

#03: Apabila kumpulan Nabil hampir kalah, Nabil mendapat ‘super power’ secara tiba-tiba dan mengejutkan orang kampung dengan aksi yang hebat untuk melayakkan kumpulannya ke pusingan seterusnya.

#04: Kini Nabil merasakan dia mempunyai ‘super power’ tetapi dituduh penipu oleh Budak Poser dan D’Geng lalu Nabil berjanji untuk membuktikan kuasanya pada perlawanan kedua iaitu Galah Panjang.

#05: Nabil berjaya menunjukkan kuasanya yang semakin luar biasa sehingga orang kampung menggelarnya Super Nabil tetapi Piah pengsan secara tiba-tiba dan terbongkarlah rahsia Piah.

#06: Budak Poser mengajak D’Geng untuk membongkar rahsia Piah dengan mencari bukti yang ada tetapi terjumpa ketua alien, Ketua Jeneral dan meraka telah membuat satu perjanjian yang melibatkan Piah

#07: Budak Poser dan D’Geng mula bertindak melaksanakan perjanjiannya dengan Ketua Jeneral untuk menjatuhkan Nabil ketika perlawanan konda-kondi berlangsung.

#08: Disebabkan tindakan Budak Poser, Nabil telah kehilangan Piah dan juga kuasanya sehingga menyebabkan dia ingin tarik diri dari perlawanan tetapi dihalang oleh rakan-rakannya.

#09: Nabil mula bangkit untuk mengalahkan Budak Poser dan D’Geng tetapi Budak Poser menggunakan muslihat yang menyebabkan kumpulan Nabil menjadi goyah.

Pautan Luar:

  • https://content.astro.com.my/details/UEFDSzAwMDAwMDAwMDA0NTUwODA=-Super-Nabil

Leave a comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *